Monday, January 30, 2017

Jejak Jepun I

Assalamualaikum.

Ni bajet saya ke Jepun untuk 10 hari. dah balik baru nak kire bajet kan. fuhhh. mmg kos sara hdup tggi betul sana. sobs :

Flight 

1. KLIA2 - Tokyo Haneda Airport :

  • Flight : RM326.58
  • Food : RM15
  • Check in luggage (15kg seorang. kongsi with Dini) : RM74
  • Optiontown : RM126.05 (for one row empty seats option) --> saje nak test. best pulak duduk satu row sorang hihi
  • TOTAL : RM541.63
2. Kansai International Airport - KLIA2
  • Flight :13 900 yen
  • Food : 390 yen
  • Check in luggage (15kg seorang. kongsi with Dini) : RM74
  • Optiontown : RM122.92 (for one row empty seats option) --> ambik lg. haha
  • TOTAL : 14 290 yen (RM556.49) + RM196.92
TOTAL : RM 1295.04 (Return flight)

okay kalau tolak optiontown tu ngn food, boleh dapat less than RM1000 flight :D

Transport

1. Subway (PASMO card sebab arrive in Tokyo. Kalau arrive in Osaka or Kyoto boleh pakai SUICA atau ICOCA) :

  • Tokyo : 7000 yen (Topup + 500 yen deposit)
  • Kyoto : 3000 yen (Topup)
  • Osaka : 3000 yen (Topup)
  • about 300 yen from the card I used to buy drinks at vending machine and the balance I used to buy souvenirs at "300 yen shop" at Kansai Airport. sebab nak habiskan balance pny pasal. so tinggal deposit 500 jela tak dapat nak redeem sebab nak redeem card PASMO kene dekat Tokyo sahaja. baru tahu aritu masa dkt Osaka. huhu. ini tandanya kena dtg lg kot Tokyo. haha 
  • TOTAL : 13 000 yen (RM502.07)

2. Highway Bus from Shinjuku st. to Kawaguchiko st.
  • 3500 yen (Return) (RM135.43)

3. Willer Bus Express from Tokyo to Kyoto : 
  • 5800 Yen (beli online. makin lambat beli makin mahal. T_T)
  • TOTAL : RM224.01

4. Shinkansen from Kyoto st. to Shin-Osaka st. (ini nak merasa bullet train punye pasal. hehe. Kalau tak, 590 yen je from Kyoto st. to Osaka st.) :
  • TOTAL : 1420 yen (RM54.84)

5. Limited Express Rapi:t B from Namba st. to KIX 
  • TOTAL : 1130 yen (RM43.66)

TOTAL : RM960.01


Accomodation (AirBnB)

1. Tokyo : RM1024 for 3 nights / 4 persons : RM256 per person (studio type)
2. Kyoto : RM682 for 2 nights / 4 persons : RM170.50 per person (This apartment is big, actually for 8 people)
3. Osaka : RM717 for 3 nights / 4 persons : RM179.25 per person (studio type)

*these are private apartment and studios, because we don't want to share bathroom with other people

TOTAL : RM605.75


Entrance Fee

1. Disneyland & USJ : RM545 (buy online)
2. Osaka Aquarium Kaiyukan : 2300 yen (RM89.01)
3. Kinkakuji Temple : 400 yen (RM15.48)

TOTAL : RM649.49


Food

1. Kitorang bawak beras, serunding, brahim, sharifah instant food, 3-in-1, meggi etc. ckup lah utk makan malam. Kalau lunch ade yang makan luar. mase first time tu tak tahu portion byk so beli sorang satu. Tapi lepastu kitorg kongsi dua orang satu meal. nak jimat and sbb takut tak habis hehe. and then iols bawak sekali bekas yang bole masok microwave utk masak nasi. baru tahu nasi bole masak dalam microwave (dlm 20mnit),  waktu gi Aussie dlu =_=

2. Tokyo : Sumiyakiya Halal Food 1300 yen (RM50.37), Ramen 1180 yen (RM45.74) (tak igt nama kedai & exact price), Doner Kebab 500 yen (RM19.37)

3. Kyoto : Yoshiya 702 yen (RM27.20) (shared meal), Naritaya halal yakiniku 810 yen (RM31.39) (shared meal) 

Other food (chestnut, onigiri, mineral water, bread, butterbeer (it is a non-alcoholic drink), churros, etc) : Approximately 2000 yen (RM58.13)

TOTAL : RM232.20


Locker

1. Shinjuku st. : 500 yen (RM19.37) --> sebab sampai dalam pkul 8pg dr airport, tak boleh letak beg lagi. so locker la jwbnya. pg2 loker byk lg kosong. masuk tgh hari byk dah full
2. Sunshine bus terminal : 500 yen (RM19.37) --> sementara nak tunggu bas ke Kyoto waktu malam

TOTAL : RM38.74


Wrap luggage

At KIX : 800 yen (RM31) --> sebab bag mcm padat sgt kan takut terkoyak atau terbukak zip mase diorg baling2 tu, saya mengambil keputusan utk wrap bag. dah ler mangga hilang masa sampai2 airport Tokyo tu. guna mangge yg ada password tu tp cmne tah boleh tertanggal. haihhhh

TOTAL : RM2517.19 (without flight)

_________________________________________________________________________________

Souvenir. Souvenir ni diasingkan sebab dia macam subjektif kan, nak beli byk ke, sikit ke, and then kalau awak xnak beli pon takpe. atau nak beli utk diri sendiri je ckup. sebab mahalllll hahaha. tp dah sampai tu, msti nak beli jugak at least for urself and org terdekat kan :D

ini yang souvenir nak bg orang + diri sendiri :

5 postcards : 500 yen (RM19.37)
Souvenirs at Shinkyogoku shopping arcade : 3700 yen (kalau tak silap lah) (RM143.42)
USJ Keychen : 900 yen (RM34.91)
USJ Magnet : 800 yen (RM31.03)
Disneyland Keychen : 1300yen (RM50.43)
Osaka and Tokyo bags : 174 yen (RM6.75) --> actually 600 yen total but pay the rest using PASMO
Kaiyukan souvenirs : 1611 yen (RM62.44)
Bookmark : 500 yen (RM19.37)
Souvenirs at Sensoji Temple shopping areas : about 1500 yen maybe? (RM58.13)


TOTAL : RM425.85

_________________________________________________________________________________
  • TAK TERMASUK SOUVENIR, TOTAL --> Approximately RM3812.23 ~ RM4000 
Kalau tolak few things kat atas tu mcm wrap luggage, optiontown empty seats tu, maybe around RM3500 je
  • TERMASUK SOUVENIR, TOTAL --> Approximately RM4238.08~RM4500
_________________________________________________________________________________

ade lagi souvenir lain yang dibeli utk diri sendiri sebab org kate kat Japan lagi murah (mcm nafsu je lbh ni. haha) tp mmg lagi murah mcm uniqlo 50% cheaper, tmbah2 ade sale waktu tu, baby-G watch cheaper than malaysia price lah, and then jam casio and alba murah. 

Kos sara hidup kat Jepun ni mmg betul la mahal terasa betol lah bila dah gi sendiri sana, rasa sendiri. lagi2 skrg ni matawang Malaysia jatuh. U_U nak beli air mineral 500ml tu pon RM4 sebotol. Huuu. mungkin ade plus minus yg sy tulis atas ni sebab tak igt exact things yg dok beli tu. Tp hopefully yang penting2 tu dah include lah. 

Btw, kitorg tak ambik JR pass tu sebab nak kurangkan bajet. hihi. tapi mmg recommended lah pakai JR pass ni sebab it is unlimited, boleh lah gerak dari atas jepon sampai bawah jepon naik bullet train/shinkansen hihi tp within days yg korang beli tu je tau.dia ade 7 days, 14 days and lg satu xigt brape days. and cuma train JR je yang boleh lalu. kalau nak guna train dr company lain kene bayar asing. so, kalau ambik pass ni, kene plan betol2 lah. and maybe kene extra sikit berjalan tu kalau xnak bayar asing utk naik train company lain.

Till next post. inshaAllah.

Wasalam



Wednesday, August 12, 2015

Budget 10 days trip Aussie

Salam semua

hari isnin aritu aku baru sampai KL. cecuti sem nak masuk year baru ni nak le g menenangkan fikiran sebentar dkt ostolia tu. tp boleh pulak dpt wassap dr patient tny bila next appoinment masa dkt sana. alah spoil mood cuti betol. tmpat yg aku pergi, goldcoast, brisbane, sydney dan melbourne. ak lmbt skit join dorg ni sbb asalnya igt nak ikot mak aku berjalan tp die xjd pi. so mak aku bg la aku p berjalan dgn dentalmates aku which are tasha, shafiqa dan jija. masa dkt gold coast tmbah lg sorang kawan jija tp die balik mesia after gold coast tu. soooo, berapa agak2 budget aku pergi ke sana ni? hmm ok kite kire jap k

harge tiket flight aku lain dr dorg sbb ak book lmbt skit. so lg mahal lah dr dorg.

Flight :
KL to gold coast (air asia): RM693 (with 20kg check in luggage and seat)
gold coast to sydney (tiger air) : RM205 (with 20kg check in luggage)
sydney to melbourne (jetstar): $140.50@RM399.02 (with 20kg check in luggage) + shared 15kg check in luggage (i need to pay RM30)
melbourne to KL (jetstar): $383.89@RM1090.25 (with 20kg check in luggage) + shared 15kg check in luggage (i need to pay RM100)

penginapan :
beachcomber hotel (gold coast) 4 nights and lido suite (sydney) 1 night : i need to pay RM273
malaysian hall (melbourne) 2 nights : $27@RM76.68

transportation :
gold coast + brisbane (sewa kereta dan mnyak) : $210 divided by 5 persons = $42@RM119.28 (per person)
gold coast (gocard) : approximately $23@RM65.32
sydney (opal card) : approximately $36@RM102.24
melbourne (Myki) : approximately $20@RM56.80
melbourne (car rental) : RM398 divided by 4 persons = RM99.50 (per person)

Entertainment :
3 day pass to movie world, sea world and wet&wild : RM255.58
lake mountain car parking entry : $54.50 divided by 4 persons = $13.63@RM38.71 per person

makan dan souvenir : approximately RM700 kotttt. yg ni tak bape sureee. (boleh kurg lg kat sni. ikot kemampuan masing2)

utk shared luggage tu ak kne bayar lbh skit sbb brg ak bnyak haha. so kalau tak nak lebih2 sgt budget tu xpaya lah beli souvenir byk sgt or yg berat2. tp sbb ak degil so kne lah tambah lagi check in luggage tu kat snaa. nak wat cane family mmbers ramai. haha. nasib la bawak laptop sng skit urusan nak menamboh2 checkin luggage ni. kalau beli flight awal pon bole dpt lagi murah. hm ade yang tertggal ke eh? kalau ade bagitahu sini kot2 terlepas pandang kat mana2.

so total die jadi utk aku sorg lebih kurang RM4,304 utk 10 hari. aku tahu korang bole kurgkan lagi haha

ok see ya






Sunday, June 21, 2015

Happy Father's Day

Yesterday was 21 June 2015

I just figured out that father's day will be celebrated every sunday of the third week of June every year. Most of the country celebrate on that day. So does Malaysia. 



Every one is wishing his or her father Happy Father's Day. This year is my first year having this day without my father. Almost 8 bulan dah abah meninggal dunia. Kadang2 bila terigt abah atau terigt hari abah meninggal, aku akan jd sdh 😢



Just want to share my memory with my father. Abah seorang yg humble. tak berapa byk cakap kalau nak compare dgn mak, tp kalau dgn org die kenal and rpt die byk ckp. bebel sikit2 tu biasa lah kan. Nak bagi nasihat dkt anak2 dia sbb syg. Abah tak suka sgt keluar2 makan dkt luar ni, die malas sikit. Lagi2 bila blkg bdn dia dah start sakit kan, kalau duduk lama2 nanti dia tak tahan. Tapi abah rajin sgt kemas rumah dan berkebun. Dia kreatif dan die suka buat benda sendiri. Mgkin dia lebih selesa mcm tu. mcm aku lah jugak. Bukan tak percaya org tapi kdg2 rasa tak nak menyusahkan org dan lg tenang bila buat sorg2 because not in rush.


Dlu abah kerja dekat Itoh ngn UTM, Skudai. Jadi penolong pendaftar. Mak pulak kerja di HKL. Abah akan balik KL setiap hujung minggu. Salah satu pengorbanan abah. Kerja jauh dari family. Then, when i was about 9 years old, something happened to our family. And abah nak mintak tukar kerja ke UTM KL. Tp dia tak dpt tukar. Jd die buat keputusan nekad utk berhenti kerja dan jaga kitorg dkt rumah. Masa tu abah kata dia mmg takot sbb nak harapkan gaji mak jela utk tanggung kitorg. Mak masa tu pon bukan lah pangkat tinggi lagi.  Abah berserah dan berdoa saje yg terbaik utk keluarga dia.


Sejak duduk dekat rumah abah lah yg jaga kitorg. Hantar pergi sekolah, jemput dari sekolah, belikan sarapan dgn lunch, sampai lah aku form 5. Masa aku form 3, ada sekor kucing dtg rumah. Buat muka kesian mintak makanan. Abah pon suruh bg makanan tp xbole bawak masuk rumah. So since bg makan tu, die melekat dkt blkg rumah. Kitorg pon bele die dan namakan dia Nini. Dgr crte jiran pny anak bawak balik kucing ni tp ayh die xbg bele so kucing ni dtg rumah kitorg. Mcm tau2 yg tuan rumah ni suka kucing. Naknya kalau g rumah jiran blkg kitorg yg xske kucing tu habis dibaling dgn kayu :( sbb mmg pernah nmpk pon jiran tu baling kayu kat kucing tp kucing tu sempat lari. Takut kucing tu berak dkt rumah dia, buat lah simen kan. Dah mmg naluri kucing berak atas pasir mmg kat pasir lah port die berak. 


Abah mmg suka sgt dkt kucing. Die pernah cakap yg die pernah menanges bila tgk kucing terbiar, mintak makanan semua tu. tp nak buat mcm mane tak boleh nak bawak balik rumah kan. Mgkin kitorg adk brdk mostly sukakan kucing dtg dr abah lah. Mase sekolah menengah sesi pagi, kdg2 hantar ktorg g sekolah abah akan bawak Nini ikut skali duduk dalam kerete xtrail. Bila jmput dr sekolah pon akan bawak Nini gak. nini pon baik je duduk dalam kereta. Mase tu mmg semua org syg nini. Nini mase tu siang ktorg akan lepaskan dia keluar, bila magrb ktorg akan suruh die masuk dalam rumah. Xbagi keluar malam risau kalau ada anjing. 



Masa aku form 4, 5 cmtu, abah dgn mak start buat rumah dkt bangi ni. Abah yg buat design sndri rumah ni ikut kreativiti dia, sekali dgn ukiran2 tu die lah yg cat. Abah mmg suka bab2 ni. Die dlu kata nak jadi arkitek tapi xkesampaian sbb org dlu2 susah, pluang nak belajar tu terhad. Takda rezeki kan.. Rumah dkt lmbah krmt tu pon kalau tgk siling and dinding dia, abah lah yg modified. Siling yg asalnya kosong tu, abah dok panjat tangga and cat satu2. Dinding pon abah potong2 berus cat tu nak jadi bntuk dkt dinding. Hm rndu pulak dkt rumah sana



Ada satu hari tu, aku anas ngn mak balik rumah dkt Muar. OTW nk balik KL tu, abah suruh singgah bangi sbb ada tige ekor anak kucing terbiar. Mak kucing tu xdtg2 dah. Baby kucing tu dah kelaparan. So ktorg pon dtg lah ambik kucing2 tu and bawak g hospital vet dkt KL. doktor suruh bg anak2 kucing tu minum susu guna syringe. Masalah satu jela takut nini xbole terime anak kucing tige ekor ni. But nasib baik masa tu nini baru hilang anak dia, naluri keibuan die still ada. Die syg lah tiga ekor anak kucing tu mcm anak dia. ^^ jadi hari2 lah kitorg bg anak kucing tu minum susu sampai lah gmok2 semuanya. Nama diorg Utih, Uning dgn Itam. Abah yg bg nama ni ikut warna bulus diorg sbb dah tak tahu nak letak nama apa. tapi skrg tggal itam ngn utih je. nini ngn uning dah takde T_T. uning mati kena attack dgn anjing, nini mati kena langgar kereta :( sedih sgt. diorg mati few weeks before abah pulak meninggal dunia :'(




Lepas aku habis asasi tu, aku balik rumah, then malam tu gak balik Bangi dgn abah. Last night lah dkt rumah lembah keramat. So sementara result UPU utk masok degree keluar, duduk lah dkt bangi lbh kurg 4 bulan. Nak sesuaikan dgn tmpat baru mula2 tu rse bosan skit la kan, sbb kawan semua dkt KL. tp aku selalu gak g KL kalau nak jmpe diorg. Sepanjang tu gak lah mcm2 gak aku belajar. Bayar bil rumah, g post opis sndri, trim rumput rumah, kemas2 rumah and dapor. Lama2 dah biasa duduk rumah baru. 


Bile dah masuk uitm, mse 1st year tu, abah lah yg setiap mggu dtg ambik aku. Mcm mase dkt asasi. Kdg2 lah abg ak ke ambik. Masuk year 2 nak ke year 3 tu, abah belikan kerete myvi utk aku, mcm kak nina dlu lah. Bila masok klinikal ni sng lah ada kerete. Nak balik uma semua pon sng. Abah lah yg suggest kat aku nak belikan kerete. Tny aku mmg aku mntak kerete swift lah haha tapi abah xbg sbb spare part susah carik skit. Then igt lg abah suggest kereta almera tp taknak lah aku sbb besar mcm kerete org kerja je. Abah suka kereta myvi, and aku kata lah suka putih. Tp putih cpt kotor so abah kata kuning cantik, terang. Aku ok je dgn kuning. And ak katalah kalau bole nak yg extreme pny tu haha tp abah kata ha tgk dlu kne tny mak lah. Then tak tahu bila, abah yg tlg setelkan semua, abah belikan myvi kuning yg SE1.5. Sbb extreme xsesuai utk perempuan. Hm ak tgk balik pon mmg xsesuai. So tau2 time ak stdy week abah ajak gi ambik kerete. kerete myvi tu agak nostalgik jugak ok


Abah ni jenis yg xcakap kat mulut syg tu. dia tnjuk dr perbuatan dia. Most father mmg mcm tu kot. Kalau aku balik kerete kotor ke kan nnt start lah abah bising yg kerete kotor kena basuh every week. Tp pastu bsknya bila ak bgun tdo tgk abah tgh basuhkan kereta. aaa bersalah pulak aku. tp bkn sengaja taknak basoh. Xde mase nk g basoh :( lg satu abah bab jage kerete mmg tiptop. Dlu kat umah lembah keramat setiap pagi abah lap kereta. Nampak mcm baru. Service kerete mmg xperna skip. Kereta ak pon abah suruh g service sendiri. Dia suruh belajar wat sendiri.



Abah ni gak seorg yg mmg teliti kalau buat kerja. Barang dia mmg tersusun. Die tak suka membazir. Beli yg perlu je. Tp kalau bnd yg dia minat cth perabut rumah ke die xkesah beli yg mahal skit asalkan berkualiti. Die xsuka makan western, tekak mmg style org kampong. Tp kalau aku yg masak western cm lasagna, die nak makan. Abah selalu kacau aku kat dapor cakap "bole makan ke, xpening eh kalau makan" -.-" wktu kecik dlu abah selalu bukak pintu blik, kacau pnggil aku sizuka sbb ak suka sgt tgk cte doremon. Makin besar xda dah lah kacau cmtu haha. 



Dlu abah smoking tapi abah xkan smoking dalam rumah. Die akan smoke dkt kerusi luar rumah je. Selalu tgk dlu dia guna rokok daun yg gulung2 tu. tapi since die pergi Mekah mase aku darjah 6, abah terus stop merokok. Balik tu mmg xrokok langsung. So it is not impossible to stop smoking. Diri sndri je kene kuat dan byk2 kan lah berdoa. 



Masa tahun 1992, i was just born, mase tu baby lagi, abah dah kene first heart attack. Umur 40 tahun. Wktu tu dah 50/50. But mungkin Allah nak bg peluang lg dkt abah, alhamdulillah abah selamat. abah ni jenis kuat berjogging gak dlu wktu dkt lembah keramat. Kuat buat kerja tukang2 ni, tp makan pon xde la byk, tu yg badan abah fit kot. Tp makin berumur, mcm2 sakit lain lah dtg kan. Slip disk lagi. Hypertension. Tp hypertension tu mase masuk dentist and abah jd patient aku, aku baru tahu abah ade hypertension tu wktu die teenager. Genetic pny la ni. Kemungkinan aku ad jugak kot? Erk. Mase aku tahun 4 dkt uitm, Abah didiagnose dgn prostate carcinoma. Mula2 tu igt dah merebak dkt tulang tp result MRI confirmkan yg belom merebak lg. mase mule2 tau tu mmg aku sdh sgt. Tak tahu nak ckp mcm mne sbb takot abah dah xbole hdup lama kan. Tp abah smgt dia kuat. And then doktor suggest kan beberapa treatment lah utk buang cancer tu. Tarikh 27/10/2014, abah meninggal dunia tp bukan sebab prostate cancer tp sbb die pengsan secara tiba2 without any symptoms of heart attack pon. Luckily dkt hospital and semua bantuan dah bgi. tp masih xdpt diselamatkan. Allah lebih sygkan Abah and ktorg reda dgn pemergian Abah.


sdh sbb aku rasa awal sgt abah pergi. Die xsempat lagi nak tgk aku grad. after some crisis during my early year 4 in dental school haritu, aku bersyukur sbb abah sempat tgk aku teruskan dentist ni. At least die dpt pergi dgn tenang. And ak xkan lupa nasihat die yg terakhir, yg die nak aku teruskan dentist ni sampai habis and jgn sesekali patah balik semula. InsyaAllah ak buat terbaik.


Makin besar aku perhati yang perangai aku sama mcm abah. Bila abah dah takda ni, suasana die mmg lain lagi2 waktu mula2 dlu. Skrg mgkin da dpt biasakan. Tp bila dtg ramadan and raya nnt, takkan semeriah sebelom ni. Sayur feveret abah sayur lodeh kering yg mmg mak akan masak setiap kali pg raya. Masakan org jawa kan. Atuk ngn nenek belah abah org jawa so abah mmg kalau jmpe geng jawa dia, speaking jawa lah. Tp die xpernah ajar anak2 die cakap jawa -.-" 


Selagi korang ada ayah dgn mak, selagi tu lah hargai diorg okay. Baliklah rumah selalu kalau ada masa. Biarlah org nak kata kau manje ke selalu balik ke ape ke. kalau rumah dekat and ade peluang utk balik, balik je lah k. Bila2 masa Allah bole tarik nyawa org kita syg.. Mgkin semua berlaku ada hikmahnya. Abah kata xsalah doa supaya kite dpt meninggal dkt Mekah and die jugak jns xnak sakit die menyusahakn org. Mgkin Allah tarik nyawa abah skrg sbb kalau abah teruskan dgn surgery tu, ade komplikasi lain ke kan yg kita xjangka. Lgpon abah dah suffer gak dgn sakit slip disk dia and slalu ngadu sakit. Alhamdulillah abah xda sampai terlantar sakit. Mak selalu nasihat suruh fikir positif dgn semua yg berlaku ni. And she is true.



I am so lucky to be given and feel the love from arwah abah. Walaupon utk 22 tahun je. I miss his voice, his advices,  everything. No one can replace him. Abah will always be in our heart forever. 

Happy father's day.

"What Is A Dad?

A dad is someone whowants to catch you before you fallbut instead picks you up,brushes you off,and lets you try again. 

A dad is someone whowants to keep you from making mistakesbut instead lets you find your own way,even though his heart breaks in silencewhen you get hurt. 

A dad is someone whoholds you when you cry,scolds you when you break the rules,shines with pride when you succeed,and has faith in you even when you fail..."





Monday, May 25, 2015

Sealed with a kiss




Though we've got to say good-bye
For the summer
Darling, I promise you this
I'll send you all my love
Every day in a letter
Sealed with a kiss

Yes, it's gonna be a cold, lonely summer
But I'll fill the emptiness
I'll send you all my dreams
Every day in a letter
Sealed with a kiss

I'll see you in the sunlight
I'll hear your voice everywhere
I'll run to tenderly hold you
But, Darling you won't be there

I don't wanna say good-bye
For the summer
Knowing the love we'll miss
Oh, let us make a pledge
To meet in September
And seal it with a kiss


Tuesday, April 28, 2015

Vietnam Holiday

Assalamualaikum semua.

Today is 28/4/15. baru je lepas habis exam paper 1 dan paper 3 dms401. hmm ade la yg xboleh jawab jugak tu tibai je la tapi yang soalan esei pasal 10 complication of radiotherapy in oral cavity tu aku dpt bagi 6 je. tak mampu nak fikir dah utk goreng apa. mati2 lah igt doktor mmg bagi extra time 10 mnt sbb ktorg start 10 mnt awal. so igt mmg hbs pkul 11 jugak skali mmg 2 jam je. 30 mnt nak hbs tu baru tahu. haha. skrg ni mcm otak tak boleh masok dah utk study osce so pe kate tulis blog dlu sat. 

sebelum exam start mcm biase la ade study week dlu smggu. hmm but i guess ktorg ni more to study days. or study hours? haha. last mnt sgt studynya. bila cuti je start lah bebudak dental ni ade perancangan masing2. kemain. aku plak pergi vietnam, ikut mak aku dgn bebudak ofis dia pergi. memula mak aku mcm tny bole ke gi, study week kan. tp ak kata xpeee bebudak lain pon slalunya xstat study lg pon awal2 tu. haha konfiden je budak lain xstudy awal. ada la kot study awal tp aku tgk insta pon g macam2 tmpt. :p so mak aku pon bg je la gi. hihuhihu 






so cuti artu 4 hari aku ke Ho Chi Minh, Vietnam. haa skrg ni ramai makcik2 kakak2 yang tergila2 nak pergi sana sebab mahu shopping sakan. syurga shopping lah katanya. sebenarnye baru lbh kurang 2 tahun je jugak vietnam ni ramai pelancong dari malaysia dtg, kata tour guide ktorg lah. tour guide ktorg kat sana nama die Andy Dong. die pandai ckp melayu sbb mmg belajar bahasa melayu. buat lawak pon pandai. lawak die mmg lawak org melayu. lawak yg kite slalu pakai. kalau g ho chi minh sana mmg berbaloi2 lah kalau nak beli baju kurung, kain ela, tudung, telekung etc. nak2 kalau yang berniaga tu. bole dpt untung lebih 100% dr harga satu baju tu je. bila dah pergi baru aku tahu betapa byk boleh dpt untung dari hasil jualan baju2 yg beli dari vietnam. tertipu rasanya pulak haha





Trip ke vietnam anjuran jabatan kerja sosial perubatan, tmpat kerja mak aku. Mula-mula igtkan aku je ikut. last2 minit anas dgn kak ja ikut. so ade lah teman sebaya sikit haha. lebih kurang 24 orang yang join trip ni termasuk due orang ejen dari travel egency tu. nama travel agency is Hanz travel. flight kitorg pukul 11.50am, hari sabtu tu. lebih kurang 1 jam 40 minit perjalanan. nak pergi sabah lagi lama. kat vietnam ni waktu die lambat satu jam. tapi waktu masuk solat die lagi awal. 4.30pg dah subuh, maghrib pkul 6 ptg. tp masok kerja diorg still pkul 8 pg sampai 5 ptg. mcm malaysia jugak sama. 

antara bnde yg lain dr malaysia is kat sini byk sgt motosikal. motosikal tu da jd diorg pny main transportation. kereta mmg tak byk. kalau ade pon byk teksi cmtu. lgpon kalau beli kerete pon xde tmpt parking. sbb tu kalau org mmpu beli kerete dkt sni pon diorg lg suke beli moto je sbb payah bawak kerete dkt sni. kat sini diorg dekat jalan raya mmg selamba je lintas jln, makan jalan org lain semua. aku yg duduk dalam bas ni tgk yg takot. tapi diorg wat lek je. perkara biase bg dorg. trafik light pon kalau ade byk lampu die rosak. kalau uturn selamba badak la kat mana2 yg muat nak pusing. bas dgn moto tu mmg sipi2 je la cmtu. haih bole sakit jantong. -.-


hari first sampai sini ktorg pergi ke post office die. pelik mcm mana post office pon bole jd tmpt perlancongan. tak rimas ke org kerja sni ramai sgt org haha. kire mcm tmpt bersejarah lah ni tapi tak tahu lah apa sejarahnya. tahu tgkap gmbar je hehe







lepas tu ktorg jalan kaki pergi ke hard rock cafe ho chi minh. kat sni pon masok rasa ekon die pastu keluar balik tgkp gmbr. hmm dpt geng gile tgkp gmbr mmg beratos gmbr sehari je haha.






ktorg dekat sini makan dkt tiga restoran je and semua makanan melayu and org malaysia owner nya. due kedai tu owner sama, satu lg tu org lain. kat sini makanan halal die mahal ye. tapi tak lah sesedap kalau makan dekat malaysia. tak tahu la nak kata makanan die sdp ke tak tapi makan je lah dah lapar. cume kekdg ade satu masa ak rasa byk sgt sayur. tauge la tauhu la, da lah aku mmg tak suke due sayur ni. usually breakfast makan mihun, nasi goreng dgn nasi lemak. tgh hari dgn malam lak makan makanan berlaok.








dekat vietnam ni kopi die mmg terbaik. ade satu kopi tu kata tour guide mmg antara terbaik di dunia lah. xigt nama apa. everyday jugak lah beli kopi dekat orang yg jual kopi dekat moto mcm gmbr bawah ni.




die ade jual kopi o, kopi susu dgn milo ais. mmg kaw sgt. manisss ye tp sedappp. aku lg prefer minom milo ais la dr kopi susu ais. sebab mmg feveret milo ais hihihi







hari kedua kalau ikut jadual patotnya pergi ke sg mekong tapi disebabkan hujung minggu kan dan takot xckup bot nak bawak ktorg semua makanya tour guide suro pergi hari isnin. hari ahad tu shopping dayyyyy. memula pergi shopping beg. beg kippling kat sini original made in vietnam. aku suke design beg kippling ni. aku tgk beg kippling ni kalau dkt malaysia jual beratos tp tu ak tak tahu made in where. kat vietnam ni pon ade yg kippling x ori jugak dan bole beza la kalau dgn yg ori. yg x ori murah lagi dr yg ori. aku suke sgt semua design beg die smpai rase mcm nak beli semua. haha. kalau beg tgn yg aku beli RM50. beg galas die pon RM50. org yg jual beg tu sggup dtg hotel weh kalau lets say warna ktorg nak xde kat kedai. diorg ambik dekat kilang pastu bawak g lobby hotel. sambung shopping dkt loby hotel plak haha. kat lobby la aku beli beg laptop kippling plak. cantik beg laptop die sampai aku sanggup ambik yang display yg kain dkt zip die cm tercabot skit pon ak sggup ambik juga. sebab warna tu tggl satu tu je yg display, xde yg baru. haha tapi takpe guna lighter je nak betolkan jahitan yg tercabot dkt zip tu.



then pergi shopping telekung, baju kurung dgn kain ela. murah gila sampai terkejot harga die murah sgt. terpkir knp murah sgt, dpt ke untung jual murah2 ni. mak kata upah org yg jahit baju tu semua yg murah. hmm kalau kat malysia mahu satu baju kurung je rm50. erk. kain ela ktorg beli dekat kilang dia. banyaaaaaaaaaaaaak sgt kain. aku beli yang kain cotton la, feveret aku. corak die pon cantik2. bila da ckup ambik, tetbe nampak plak yg cntik jugak. tak tahu dah nak ambik yg mana hahaa byk2 sgt pon susah jugak. hehe. mak beli kain ela utk raya ktorg tahun ni. kain sutera vietnam warna turqoise :D







hari ketiga baru lah pergi sg mekong. sg mekong is sg terpanjang dekat asia tenggara. ktorg naik bot nak pergi ke beberapa tempat dkt sg tu. memula g tgk madu lebah. org kat situ kata lebah situ jinak, x gigit org, so bole try masok jari dkat sarang lebah tu. ak try masok jari, bole terus rasa madu fresh dari situ. aku beli satu royal jelly dkt sini, mak aku suruh try pakai letak dekat muke hilangkan jerawat. haha. tahu tak royal jelly ni apa? org tu kata royal jelly ni makanan utk queen bee. bole buat queen bee hdup lama ke cmne tah. bole letak dalam minuman atau letak dekat kulit pon bole. aku letak dkt muke buat jd mcm mask haha. bile die da keras tu rase tegang gile kulit muka.

















pastu ktorg jalan2 naik sampan. satu sampan 4 org bole duduk. termasok org yg dayong sampan tu 6 org lah. aku naik dgn kak ja, anas and mak. tour guide tu pesan awal2 sediakan dalam rm2 stiap sorang as tip dkt org dayong sampan tu. tetbe tgh duduk menikmati suasana hutan bakau dkt situ, makcik dayong sampan tu tepuk bahu kak ja, tnjuk rumah dekat tebing sebelah kanan sambil ckp "home home" cmtu lah. ak pon tgk lah rumah tu, lubang sana sini, pakai nipah je, xde pintu lagi. dlm hati kesiannya makcik pakcik ni :( jadi bila da hbs naik sampan tu, mak aku nak bg la tip lebih sikit. bagi la rm5 utk die and aku. kak ja dgn anas lak bg rm3 sorg. sampai kat atas tu, member group yg lain cerite lah jugak yg makcik pakcik yg dayung sampan diorg tu claim yg rumah kat tebing tu pon rumah diorg jugak. rumah yg sama ok. pastu ade baby due org lg. tp ktorg yg baby tu xda pulak. hahaha kene kelentong bulat2 dgn mkcik pakcik dayong sampan tu. pnylah dah simpati tgk rumah tu. tapi niat sedekah lah, mmg diorg pon org susah kan. aku tny nisa td ade tak makcik pakcik dayong sampan tu cerite bnd yg sama sbb nisa pernah gi vietnam gak artu. and jawapannya is ada. haha mmg dgn semua pelancong lah die cerite bnde sama. semua duduk rumah yg sama. heh.












brg yg jual dkt area mekong ni mmg lagi murah nak banding dekat bandar ho chi minh. tmpt femes utk beli souvenir is dkt ben thanh. pkul 6.30 pm ben thanh ni tutup. bukak xsure kul bape. tapi mmg betol dkt ben thanh ni lg mahal banding dkt mekong. tp quality die kurng sikit kot. org yg jual brg dkt ben thanh ni pon agak aggresive jugak. kalau da tawar harga yg kite nak pastu penjual tu stuju kite kne beli kalau x nnt pnjual tu start la maki hamun. ala kat mana2 pon mst jd cmni pny. ak tak pandai sgt tawar menawar. x reti shoppingggg. mak dgn kakak aku tu pndai lah. malam lak after ben thanh tutup, ade pasar malam dkt luar ben thanh tu, everyday. jual bnd yg sama jugak pon. malam yg first sampai vietnam je x g sbb penat sgt, due malam lg tu pi jalan tgk2 brg. mak aku lak pantang jumpe alas meja mesti nak tgk. bile da beli alas meja dkt satu kedai ni, makin jalan makin dpt harga murah lak alas meja tu. haha. lg murah tu gak la mak aku nak beli jugak.








last day ktorg buat last shopping dekat ben thanh. beli lah brg sikit utk bebudak kelas. last2 mnt pon smpat lg shopping. andy dong tu pon pening nk melayan. haha. pasni nak buat bsnes kain beli dkt vietnam je. murah. flight ke kuala kumpur pkul 1.50 pm. sampai KL dlm pkul 4.40 pm. tggu bagasi lama gila. entah apesal lama sgt. then tggu abg din sampai pkul 6, duduk ah tepi pintu KLIA tu, sambil pekene air dunkin donut. leps ni kalau g vietnam xde tujuan lain la selain shopping. nak g jalan xde nak jln mana sgt pon. g mekong tu skali ckup dah

okay lah. baik gi sambong study tu. besok OSCE dgn Paper 2 pulak. cuakkkk. tak tahu nak study apa tah utk OSCE T_T

goodluck everybodyyyyyy!