Saturday, December 20, 2014

His Last Birthday

Celebrating arwah Abah's 62 birthday. all his grandchildren yang overexcited. semua nak tiup lilin. His last birthday that was celebrated. I gave him my own made birthday card. dulu ada bagi Abah sekali kad birthday buat sendiri masa dekat rumah Lembah Keramat. kali ni tiba2 mcm nak buat lagi sekali bg dkt abah. :') 
2 months and 4 days after he turned 62, he gone forever to meet Allah SWT.
Happy birthday Abah.

23 August 1952 - 27 October 2014
(62 years)









Sunday, December 14, 2014

27OCT14

Dah 7 minggu dah abah pergi meninggalkan ktorg.i can still remember the day. 27 october 2014. skrg rumah dah sunyi takda abah. mana taknya, abah mmg tak kerja dan die spent most of his life time at home, buat kerja2 rumah, melayan kucing dan berkebun. mmg abah sentiasa ade dkt rumah. balik rumah mesti jumpa abah. abah pulak mana la jenis yang pergi shopping ke, pergi travel ke or melepak ke. die cuma keluar pergi surau, pergi beli brg2 untuk rumah, beli brg nursery, balik kampung, pergi hospital,  pergi kenduri kahwin dan lain lain perkara yang penting. daripada aku darjah 3 abah dah start pencen dan jaga ktorg dekat rumah. mmg terasa sgt bila abah pergi suddenly mcm ni.

Doctor kata, abah meninggal sebab myocardial infarction. sakit jantung. abah memang ada sakit jantung masa tahun 1992. tapi lepas tu abah dah tak pernah kena dah. 3 weeks mcm tu before abah meninggal, abah dah di diagnosed with prostate carcinoma. masa tu pon mmg dah down gila ktorg. sedih sbb igtkan dah melarat cell cancer tu. igtkan dah pergi ke tulang sbb abah selalu sakit tulang. tapi lepas tu buat MRI untuk confirmkan and doc kata masih x merebak lagi cancer tu. alhamdulillah sgt masa tu. masa tu hari Khamis kot minggu sebelum abah meninggal dunia. aku rasa lega gila. tambah lagi mak kata abah pny jantung dah stabil utk buat operation buang prostate tu. doc kurangkan due ubat dan tambah dosage ubat kat ubat lain.

so, masa 27/10/14, hari Isnin, abah pergi hospital kuala lumpur dgn mak untuk set appoinment for his surgery. doctor certe dkt hkl ni kalau buat surgery prostate ni die x buat mcm biasa, die buat mcm robotic style la, nnt kepala ada ke bawah2 mcm tu. aku xsure mcm mana la kan, tapi abah jns yg cpt risau skit. mungkin lepas doc explain tu abah risau sama ada jantung die dpt tahan ke tak. jadi pagi isnin tu, lepas jmpe doctor, ambik xray semua, doctor nak setkan appoinment terus untuk jumpa dengan anaesthetist pkul 2 ptg tu. jadi masa lbh kurg pkul 12.40pm mcm tu waktu dekat bilik xray tgh menunggu result xray, abah kata dgn mak dia lapar. mak pon nak bangun la belikan roti dekat kedai runcit tapi mak baru bangun tak sempat melangkah lagi, abah mcm bangun separuh mcm tu then die kata "eh mcm nak pitamlah" dan terus terkulai duduk balik, hembus nafas yg terakhir and tak sedarkan diri... ini based on yang mak cerita. mak pun terus pegang lengan abah, terus suruh panggil nurse, doctor, ckp emergency, and mak ajar abah mengucap terus. lbh kuang 20 minit jugak abah diberi bantuan dekat bilik xray tu sementara dibawa ke emergency department. dekat emergency department mmg semua dah buat. walaupun aku takde tp dgr kkk aku crte aku tau doctor dan nurse dah buat sehabis baik. kalau ikutkan family members xbole ada dekat bilik ED tu masa try nak selamatkan famly kita tu tp sbb mak pon kerja situ, kenal org2 situ, mak dgn kak ja bole duduk dkt ED tu, tgk how the staffs make effort to save him. tebuk leher, masuk tube dalam mulut, baring sampai atas katil utk bagi cpr, pump him again and again. mmg masa tu dekat hospital dah, pertolongan mmg da available.

aku pulak waktu tu, lepas habis klinik dalam pkul 12.30 mcm tu jugak, aku pergi lab terus untuk bukak aku pny denture yg dah masak. lama jugak aku nak bukak denture tu, ketuk2 bagai. mintak tlg Fit, Tasha. hm mmg aku tak perasan langsung bunyik phone sbb dalam beg. kakak aku da try kol tp aku xdgr bunyi phone. lepas aku da bukak denture, aku pon nak simpan dulu dekat loker. lbh kurg pkul 1.26pm mcm tu masa dkt loker, aku da prepared utk pergi Pusat Kesihatan terus for OS session. mase tu nk g da dgn adnin and dell, solat dkt sana terus je. so ak xsempat lunch la. mase smpan brg dkt loker tu, ak dgr bunyi kol, kak ja kol. ak angkat, dgr suara kakja tgh nanges, ak da xsdp hati. dia tny aku dkt mana. aku ckp la dkt uitm, knp. die kata abah pengsan td, x sdrkan diri. dekat hkl skrg. ak mcm bergegar jap jantung and terus nanges dkt situ jugak. kwn yg ade dkt situ masa tu dell, adnin, najihah,  try to calm me down. aku da tak peduli org sekeliling masa tu, junior tgh duduk dkt kerusi tgk aku nanges ke. aku da terduduk dkt situ. kak ja ngn abg din kata jgn drive sorang kalau xbole. mmg aku rasa tak bole da drive wktu tu takut anything happen. so adnin try to call arif utk tlg bwk ak g hspital skali dgn kak aishah. sbb supposedly ak, dell, arif,  dgn adnin yang pergi pusat kesihatan. ak kalau bole taknak menyusahkan org. so because arif da cabot byk gigi and he will be asistant kalau dkt Pusat kesihatan tu, so i think he can help me. kak aishah pulak ade oral medicine specialist clinic so nothing to do with her own patient. she said can company me. and mimi pon nak tlg teman aku. nasib baik jugak lah bukan session klinik aku ptg tu yang aku kena bwk patient sndri wktu tu. kalau x karang nak kena deal dgn patient sndri pulak, kata x jadi appoinmnt ptg tu da satu hal pulak kan. so aku solat zohor dlu dkt surau sementara tggu arif dtg. ak da tak dpt tahan air mata ni nak jatuh mengalir je sbb risaukan abah. lbh kurg pkul 1.50 mcm tu, ktorg gerak pakai kereta aku. arif drive. all the way tu, Allah je tau how worry i am. risau sgt nk angkat telefon everytime bila kakja yg telefon sbb aku takot it was bad news. pkul 2.20 mcm tu, kak ja telefon, kata doctor kata abah mcm da xda hrpn... aku menanges and speechless dkt mimi kat situ jugak sampai telefon aku terlepas. then bila kak ja telefon balik pkul 2.26pm mcm tu, mimi yg angkat. mimi kata, dah xda.. jantung aku macam nak tercabut. ak rasa mcm tak boleh terima hakikat waktu tu. ak mcm nak mengamuk. sbb aku da happy bila tau result MRI abah da ok and he will go into surgery to remove the cancer. ak rasa mcm ak da diberi harapan semula tp harapan tu tiba2 hancur berderai. tapi after a while, i calmed down. istighfar. kak aishah suruh ak ngucap. ak pon cuma menanges dan menanges. but ak try to accecpt it..try and try.. even susah pon aku kena sdr tu semua takdir Allah. aku xbole tolak takdir tu. walaupun it was all so sudden. sgt sudden. sgt tiba2. abah xda la sakit terlantar kat katil ke apa. mmg xda. die bole berjln semua, buat kerja semua mcm biasa. tp tiba2 abah dah xda. anak mana tak sdh..


about 10 minutes lps abah meninggal, baru la aku sampai. arif drop ak dan mimi dkt ED. terus pergi ke critical zone. nampak kak niza (PA mak) dlu and she said kat dalam, ak terus ke dlm, jmpa kak ja. then slowly pergi dkt abah. nurse tgh ikat badan abah. i hold his hand and his forehead. sejuk. muka die dah pucat. ada beberapa titik darah dekat muka dia. itu darah drpd kesan tebuk dekat leher sebab doctor nak bagi ubat through that. i kissed his forehead. then he was moved to another bed. i sit beside his bed. baca yassin. i was weak and cried. 

aku balik ke rumah bangi dgn kak aishah, mimi dan arif. kak nina, abe dan anas tak sempat datang ke hospital, diorg tggu dekat rumah saje. selesai mandikan jenazah dan solat di HKL, jenazah abah di bawa ke rumah dan tiba lebih kurang pukul 6.10pm. kemudian jenazah di bawa ke surau rumah aku, surau yang abah selalu pergi utk solat subuh, maghrib dan isyak, utk disolatkan. then jenazah terus dibawa utk dikebumikan di Tanah Perkuburan Sg. Merab. Alhamdulillah dekat sgt dgn rumah. senang nak ziarah.

daripada tgh hari ke malam, sampai aku tidur, aku tak dapat tahan air mata ni. aku menangis dan menangis. hari pertama bangun tidur, aku terus menangis lagi. dgr bunyi azan subuh. kalau selalu dengar bunyi motor abah utk pergi solat subuh dkt surau. skrg dah takda. sampailah hari jumaat, baru aku dapat kekuatan sedikit. aku dah boleh pergi ke uitm utk uruskan hal klinik. dalam detik2 macam ni, aku kena kuat. yang pergi tetap pergi. yang masih hidup kena teruskan hidup. tapi jangan lupakan pada yang tiada. hanya doa yang kami semua boleh sedekahkan buat Abah. terima kasih juge dekat kawan-kawan dan keluarga yang byk bagi sokongan.

InsyaAllah abah dah tenang dekat sana. U will always be remembered and loved.





Wednesday, September 3, 2014

Little Big World

Ni hao~~

sape nak tgk aku speaking Cina??? haaa. ni nak habaq sikit ktorg sem 6 artu kena buat video mandarin. ni baru first ni. nnt ade lg dua sem kene buat video mandarin ni. semua bnda buat last minit sbb ktorg busy! sbb tu lah title post nama gitu. tu tajuk video ktorg hehe. ha video ktorg dpt video terbaik among other classmates lah bahhahaa. entah lah pepasal sbb jalan certe kot? Nisa pulak dapat pelakon perempuan terbaik. mmg bes pon Nisa berlakon. menjiwai watak! mimik muka tu yg pnting. konon2 tak baca skrip padahal boleh kata every shoot tu org pegangkan skrip kah2.  Nak buat small world tp da ada group lain ambik. 8)


Korea Trip III (DAY 3)

assalamualaikum!

ok lah mari kita sambung cerita kita dekat korea. tak habis lagi kan. kali ni tak byk gambar sbb dah upload dekat facebook. nnt mana tau hardisk masuk virus ke, ada jugak lagi gambo ni dekat alam maya.

hari ketiga di Seoul plan nya nak pergi melawat ke Nami Island. ala tempat winter sonata tu. tak sabar. mmg ni lah tmpt yg dinanti sbb nak tgkap gmbar dekat pokok yang cantik gilos tu. org ramai dtg sini tergila2 nak tgkp gmbr dkt sini lah. ktorg tak terkecuali.

so pepagi lagi Azri kata dia kena pergi ke hospital dulu sebab dia tak sihat. alamak pulak dah. kesian pulak. xpel kitorg tggu lah. kitorg pon igt nak jalan2 lah dulu dekat pekan myeong dong tu kan. takkan lah nak duduk dalam bilik je. myeong dong tu je yang plg dekat boleh jejalan. mmg dekat pon untung lah ktorg dapat guesthouse kat sini. main tangkap2 gambar, jalan2 ambik angin, tgk suasana bandar dia. besssss jalan2 sbb sejuk! kalau dkt Malaysia nak jalan dkt Jalan TAR tu kalau tak panas, hujan. walau apa pun sy tetap bersyukur dgn negara saya sendiri. gitu.

gambar sat. it was a sunny day but it was cold

sementara menunggu azri dtg ktorg masuk H&M, uniqlo, dan beberapa kedai yg lain lagi lah. oh ya dekat sini kan baju2 dia lagi murah sikit la dari dekat malaysia. kalau dekat malaysia mana ada die buat diskaun sgt utk baju sejuk. so bila dtg sini nampak ada 30% diskaun, mmg aku grab satu la baju sejuk. sbb dalam otak pikir nnt bulan 2 nak pi istanbul plak so xpe ade chance lagi nak pakai baju sejuk. hahah.

mcm gini lah rupanya bandar Myeong Dong. jejantas dia mostly bawah tanah. otw nak ke subway tu. 

Jalan punya jalan masa tu dah nak dekat tgh hari jugak lah. tp Azri tak msg2 lagi. hm so aku dgn yaya nak lepak2 dekat dalam cafe bene pekena coffee secawan dulu. tp Kak Emy tak join pulak masa ni sbb dia balik bilik jap kot ambik brg. ktorg tggu dlm cafe tu, pelik gak kak emy x masuk2 rupenya dia tggu dekat luar. sian kak emy! da lah sejuk.

ini lah cafe nyaaaaaaa. asyik lalu depan cafe ni je so nak merasa skali la. oh ya rupenye cafe ni dah bukak dekat sunway pyramid. haha.

dpt minuman panas di hari yg sejuk. happy :p

sooooo akhirnya penantian berakhir apabila Azri sampai juga. ktorg pergi ke Nami island ni kena naik satu train yg special sikit. kalau mengikut kad ni namanya ialah Korail. perjalanan die lbh kurang sejam mcm tu. tiket dia rupa mcm kat bawah ni. memula naik subway pergi ke Yongsan pastu dari yongsan tu baru naik korail ni pergi ke Gapyeong. korail pny tiket ni kena beli awal kata Azri sbb takut penuhh. so one day before pergi ni dia dah belikan dah. tapi kalau nak beli on the spot bole jee kot cuma takot takde seat je la rasanya. hmm

atas tiket pergi. bawah tiket balik
dalam trainnn. sempat lah kalau nak tido jap.
sampai dkt Gapyeong tu kan, ktorg kena naik teksi plak utk ke jetty. aku tak igt lah jarak masa boat ni sampai. dia ada la masa2 dia.

depan jetty nak tggu boat besar sampai

tiket nak ke nami island
bila ada atas boat tu taknak lah duduk dalam boat. nak duduk luar tgk scenery dia. cantik. kena lalu mcm tasik lah. actually nami island ni dia mcm pulau kecik atas tasik. a few minutes je perjalanan naik boat ni. maybe around 15 minit? entah tak igt

senyummmm sebab seronok nak g nami island

yeay Malaysia Boleh!
sampai2 dekat sini kira mcm dah lewat jugak lah :( sekejap je ada dekat nami ni. mmg tak puas. tapi nak buat mcm mane dah tour guide tak sihat. tak boleh slhkan dia jugak. xpe asalkan dapat menjejakkan kaki kat sini dan tgkap gmbo dketa bunge2 tu dah ckup puas hati!





sampai2 sini, Azri suruh ktorg makan dulu. akan nasi goncang! whoaaa mcm mana tu? haha. mmg die goncang la nasi ni. femes dkt sini. i pny ofcos nasi goncang cheese. cheese tetap di hati

yummyyy
lepastu ktorg solat jamak terus dkeat area2 tmpt makan ni jugak lah. ade disediakan surau. jalan nak ke surau tu tetibe nampk ade buku banyak2 ni. cntik jugak so tgkp gmbo hehe



jom jom pergi ke pokok yang jadi trademark island ni. hihuhihu


konon2 nak buat yg mcm baling daun tu pastu snap masa daun jatuh tu tapi tak jadi2 asyik gerak je gambar

maple leaf :)

statue of winter sonata's hero and heroin

ramai pulak manusia belakang tu

yesss time ni xde org! haha. da ptg weh masa ni kena gerak balik da patotnya


time to get home =(

:O

malam ni kan ktorg makan dekat ikan bakar. bes bes bes. serius bes gila. makan dekat sinchon. bila sampai dekat subway tu kena jalan sikit ke tmpt makan ni. masuk dalam tu lega sbb panas. hahah. bila orang bukak2 pintu tu masuk angin sejuk tu, burrr. berbeza dkt malaysia. dalam sejuk, lua panas

tgh tunggu train nak g sinchon. sejuk nya sejuk nya. haha

i adore that sotong sambal so much. sedap sangattt! fuhhh
lepas melantak dan tlg menghabiskan makanan yg ada, ktorg pon nak berangkat balik. Azri ajak naik teksi je sbb penat nak jalan2.

tgh tggu teksi
lepas dah sampai myeong dong, ktorg taknak masuk bilik lagi. sebab masih awal. hihihihihi soooooo ktorg pergi ke CAT CAFE! serunukkkkk nyaaa sbb dpt jmpe kucing yg comel2 lote. banyakkkkk sgt meow. tp dia ada rule dia. tak boleh angkat meow2 ni. bole pegang cmtu je. pastu kalau ade koler kaler pe tah mknenye mood meow tu xbaik so better jgn kacau kalau xnak kena cakar.







tgk la si gemok2 ni tido haiiih



bukan satu ni je cat cafe yg ada. ada lg satu tp lusa baru ktorg g sana. hihihi.
setakat ini saje utk hari ketiga. balik bilik, rht pulak. :)

hm kata taknak byk gambar kan. banyak jugak ni kot.