Wednesday, September 3, 2014

Little Big World

Ni hao~~

sape nak tgk aku speaking Cina??? haaa. ni nak habaq sikit ktorg sem 6 artu kena buat video mandarin. ni baru first ni. nnt ade lg dua sem kene buat video mandarin ni. semua bnda buat last minit sbb ktorg busy! sbb tu lah title post nama gitu. tu tajuk video ktorg hehe. ha video ktorg dpt video terbaik among other classmates lah bahhahaa. entah lah pepasal sbb jalan certe kot? Nisa pulak dapat pelakon perempuan terbaik. mmg bes pon Nisa berlakon. menjiwai watak! mimik muka tu yg pnting. konon2 tak baca skrip padahal boleh kata every shoot tu org pegangkan skrip kah2.  Nak buat small world tp da ada group lain ambik. 8)


Korea Trip III (DAY 3)

assalamualaikum!

ok lah mari kita sambung cerita kita dekat korea. tak habis lagi kan. kali ni tak byk gambar sbb dah upload dekat facebook. nnt mana tau hardisk masuk virus ke, ada jugak lagi gambo ni dekat alam maya.

hari ketiga di Seoul plan nya nak pergi melawat ke Nami Island. ala tempat winter sonata tu. tak sabar. mmg ni lah tmpt yg dinanti sbb nak tgkap gmbar dekat pokok yang cantik gilos tu. org ramai dtg sini tergila2 nak tgkp gmbr dkt sini lah. ktorg tak terkecuali.

so pepagi lagi Azri kata dia kena pergi ke hospital dulu sebab dia tak sihat. alamak pulak dah. kesian pulak. xpel kitorg tggu lah. kitorg pon igt nak jalan2 lah dulu dekat pekan myeong dong tu kan. takkan lah nak duduk dalam bilik je. myeong dong tu je yang plg dekat boleh jejalan. mmg dekat pon untung lah ktorg dapat guesthouse kat sini. main tangkap2 gambar, jalan2 ambik angin, tgk suasana bandar dia. besssss jalan2 sbb sejuk! kalau dkt Malaysia nak jalan dkt Jalan TAR tu kalau tak panas, hujan. walau apa pun sy tetap bersyukur dgn negara saya sendiri. gitu.

gambar sat. it was a sunny day but it was cold

sementara menunggu azri dtg ktorg masuk H&M, uniqlo, dan beberapa kedai yg lain lagi lah. oh ya dekat sini kan baju2 dia lagi murah sikit la dari dekat malaysia. kalau dekat malaysia mana ada die buat diskaun sgt utk baju sejuk. so bila dtg sini nampak ada 30% diskaun, mmg aku grab satu la baju sejuk. sbb dalam otak pikir nnt bulan 2 nak pi istanbul plak so xpe ade chance lagi nak pakai baju sejuk. hahah.

mcm gini lah rupanya bandar Myeong Dong. jejantas dia mostly bawah tanah. otw nak ke subway tu. 

Jalan punya jalan masa tu dah nak dekat tgh hari jugak lah. tp Azri tak msg2 lagi. hm so aku dgn yaya nak lepak2 dekat dalam cafe bene pekena coffee secawan dulu. tp Kak Emy tak join pulak masa ni sbb dia balik bilik jap kot ambik brg. ktorg tggu dlm cafe tu, pelik gak kak emy x masuk2 rupenya dia tggu dekat luar. sian kak emy! da lah sejuk.

ini lah cafe nyaaaaaaa. asyik lalu depan cafe ni je so nak merasa skali la. oh ya rupenye cafe ni dah bukak dekat sunway pyramid. haha.

dpt minuman panas di hari yg sejuk. happy :p

sooooo akhirnya penantian berakhir apabila Azri sampai juga. ktorg pergi ke Nami island ni kena naik satu train yg special sikit. kalau mengikut kad ni namanya ialah Korail. perjalanan die lbh kurang sejam mcm tu. tiket dia rupa mcm kat bawah ni. memula naik subway pergi ke Yongsan pastu dari yongsan tu baru naik korail ni pergi ke Gapyeong. korail pny tiket ni kena beli awal kata Azri sbb takut penuhh. so one day before pergi ni dia dah belikan dah. tapi kalau nak beli on the spot bole jee kot cuma takot takde seat je la rasanya. hmm

atas tiket pergi. bawah tiket balik
dalam trainnn. sempat lah kalau nak tido jap.
sampai dkt Gapyeong tu kan, ktorg kena naik teksi plak utk ke jetty. aku tak igt lah jarak masa boat ni sampai. dia ada la masa2 dia.

depan jetty nak tggu boat besar sampai

tiket nak ke nami island
bila ada atas boat tu taknak lah duduk dalam boat. nak duduk luar tgk scenery dia. cantik. kena lalu mcm tasik lah. actually nami island ni dia mcm pulau kecik atas tasik. a few minutes je perjalanan naik boat ni. maybe around 15 minit? entah tak igt

senyummmm sebab seronok nak g nami island

yeay Malaysia Boleh!
sampai2 dekat sini kira mcm dah lewat jugak lah :( sekejap je ada dekat nami ni. mmg tak puas. tapi nak buat mcm mane dah tour guide tak sihat. tak boleh slhkan dia jugak. xpe asalkan dapat menjejakkan kaki kat sini dan tgkap gmbo dketa bunge2 tu dah ckup puas hati!





sampai2 sini, Azri suruh ktorg makan dulu. akan nasi goncang! whoaaa mcm mana tu? haha. mmg die goncang la nasi ni. femes dkt sini. i pny ofcos nasi goncang cheese. cheese tetap di hati

yummyyy
lepastu ktorg solat jamak terus dkeat area2 tmpt makan ni jugak lah. ade disediakan surau. jalan nak ke surau tu tetibe nampk ade buku banyak2 ni. cntik jugak so tgkp gmbo hehe



jom jom pergi ke pokok yang jadi trademark island ni. hihuhihu


konon2 nak buat yg mcm baling daun tu pastu snap masa daun jatuh tu tapi tak jadi2 asyik gerak je gambar

maple leaf :)

statue of winter sonata's hero and heroin

ramai pulak manusia belakang tu

yesss time ni xde org! haha. da ptg weh masa ni kena gerak balik da patotnya


time to get home =(

:O

malam ni kan ktorg makan dekat ikan bakar. bes bes bes. serius bes gila. makan dekat sinchon. bila sampai dekat subway tu kena jalan sikit ke tmpt makan ni. masuk dalam tu lega sbb panas. hahah. bila orang bukak2 pintu tu masuk angin sejuk tu, burrr. berbeza dkt malaysia. dalam sejuk, lua panas

tgh tunggu train nak g sinchon. sejuk nya sejuk nya. haha

i adore that sotong sambal so much. sedap sangattt! fuhhh
lepas melantak dan tlg menghabiskan makanan yg ada, ktorg pon nak berangkat balik. Azri ajak naik teksi je sbb penat nak jalan2.

tgh tggu teksi
lepas dah sampai myeong dong, ktorg taknak masuk bilik lagi. sebab masih awal. hihihihihi soooooo ktorg pergi ke CAT CAFE! serunukkkkk nyaaa sbb dpt jmpe kucing yg comel2 lote. banyakkkkk sgt meow. tp dia ada rule dia. tak boleh angkat meow2 ni. bole pegang cmtu je. pastu kalau ade koler kaler pe tah mknenye mood meow tu xbaik so better jgn kacau kalau xnak kena cakar.







tgk la si gemok2 ni tido haiiih



bukan satu ni je cat cafe yg ada. ada lg satu tp lusa baru ktorg g sana. hihihi.
setakat ini saje utk hari ketiga. balik bilik, rht pulak. :)

hm kata taknak byk gambar kan. banyak jugak ni kot.