Thursday, August 28, 2014

Korea Trip I

Annyeong~ kali ni mood korea sudah mari. ehem sepatotnya post ni dah lama nak buat. tapi apakan daya sibuk memanjang. cuti panjang ni je la bole spent masa sikit kat sini.

Aku tak lah minat pon dgn drama korea ni. boleh kira lah berapa je movie Korea yang aku tgk. pelakon dia? emmm eemmm *krik3* tak tahu lah mungkin takda dalam jiwa kot. haa tp takda lah sampai tak suka kan. cuma tak minat. kalau nak layan gua okay je.

Sebenarnya tahun lepas aku pergi melawat ke Korea. Dalam byk2 negara Asia ni la, aku tgk ramai org pergi Korea ni. bukak insta Korea, Facebook Korea, asyik terdgr org p korea je. maybe sbb viral KPOP tgh menular kat sini kot? sementara duit biasiswa tgh byk jugak masa tu nak nak pulak ada kawan sekali kaki jalan yg nak pi sana, so aku bercadang nak pi sana jugak. haha tp kena carik member yg nak pi sana dulu. bila mak abah dah bagi lampu hijau, dah survey harga pakej2 yang ada, tgk2 blogspot org maka plan utk ke sana berjalan jugak walaupun hanya aku, yaya dan kak Emy yg pi. tiga org pompuan beb. cuak lah kalau tmpat first time nak pi dgn masalah communication nya nnt ktorg nak jd backpackers kan, so ktorg cadang nak carik pakej yg ada tour guide sekali. kalau tak mmg berangan lah mak abah nak bg pi kan dah la perempuan je semua.

Preparation

survey pny survey so aku plan nak ambik "Pakej Murah Korea' lah sbb boleh tahan mmg murah harganya. Korang boleh lah seacrh kat Facebook nama page tu.



dia ada beberapa pakej mengikut hari. nak tgk itinerary dia scara roughly bole tgk dkt bahagian notes page ni. smartphone maybe tak dpt bukak so kena tgk dkt laptop. aku ambik pakej yang 6 hari. pakej kimchi namanya. yg besnya tarikh travel kite ni flexible. kita sendiri boleh tentukan bila nak pergi sbb tour guide diorg akan take turn. bayaran utk kat korea sana seperti kat bawah ni :


  • Pendahuluan (utk 3 org terus) = 200,000 won (RM593)
  • Bayaran selebihnya di Korea (utk 3 org terus) = 2,017,000 won
  • Jadi grand total (utk 3 org terus) adalah = 200,000won + 2,017,000won = 2,217,000won
  • Bermakna bayaran utk seorang ialah = 2,217,000won/3 persons = 739,000 won (RM2,193 per person)

i think okay la kot utk 6 hari 5 malam harga dia dlm 2k mcm tu. ni termasuk dgn duit penginapan, duit makan dgn duit transport. duit nak beli souvenir dgn makan extra sndri pny charge nnt. tp tp kalau dpt jd backpackers lg murah sbenarnya. first time ni better pergi dgn tour guide dulu sbb org korea tak pandai english. kene pakai bahsa isyarat je nnt haha. dorg maybe paham BI tp nak ckp balik tu susah. so student2 malaysia kat sini dah pandai ckp korea. jd kite pny translator. kagum tgk!!

pakej ni kalau lagi ramai lagi dapat murah. jadi kalau nak murah lagi carik lah geng ramai sikit angkut pi korea. hehe. nanti tny je apa2 soalan yang membelenggu fikiran ni dkt admin pakej murah korea tu. orgnya baik. takde nya nak mrh korang tny soalan2 sbb dah mmg tugas diorg pon lyn customer. kalau xnak tny dkt pakej murah korea tu pon, bole tny dkt tour guide yg incharge kita tu terus. admin pekej murah korea ni akan bagi contact tour guide kita tu kat sana.

tiket flight ni kalau beli awal lagi murah. ktorg beli lambat jugak la. beli 14 october, 10 november dah flight. lbh kurg sebulan. naik AirAsiaX je sbb memang mahal gila la kalau nak naik MAS. so berikut adalah bajet utk kapal terbang plak :

invoice.

  • Jadi total flight pergi balik (utk 3 org terus) = RM 4926 including tax, pick-a-seat semua tu. mmg mahal jugak lah kalau ikotkan harga asal flight je RM3822 je -.-
  • bermakna seorang charge nya ialah = RM4926/3 persons = RM,1642 per person

tiket flight asing ye dr pakej. dan ianya kena tempah sendiri, pihak tour guide tak uruskan bab tu. kalau nak murah pergi lah waktu summer, ha dptlah murah. kalau time autumn, winter cmtu mmg naik lah beb harga dia. tapi pergi time summer tak bes haha. mesti nak feeling ala2 cerita "Autumn in My Heart" dgn "Winter Sonata" kan kan? haha. try lah usha2 harga tiket flight dia. mmg beza. aku pergi waktu autumn nak masuk ke winter cmtu. tak sempat merasa salji T_T tapi kalau time Winter mungkin bayaran aktiviti kat sana pon akan mahal sikit lahh sbb korg akn pergi main ski. bes bes! ada my senior pergi masa tu winter. seronok tgk diorg main salji :D

Bajet utk seorang : 
Tiket Flight = RM 1,642
Ground Trip = RM 2,193
Souvenir/Others = maybe around RM500 kot?
Total = RM 4,335++
tp kalau waktu winter mungkin kene sediakan RM5,000 sebab ada aktiviti main ski

BTW, kalau sesape yang takde baju sejuk tu, kena keluar duit dlu lah nak beli baju sejuk tu lagi2 kalau waktu winter lagi kena beli yg tebal pny tu mmg mahal jugak lah. beratus ringgit. tapi kalau ada member or family ada baju sejuk boleh je pinjam.

so before nak berangkat ke korea tu, tour guide yang akan bawak kita jejalan kat sana akan whatsapp kita siap2 supaya dia boleh bgtau awal2 ape yg nak kena buat bila dah sampai dekat airport incheon. before that, to confirm kite pny aktiviti kat sana, pihak pakej murah korea tu akan mintak kita pny details flight. sbb nak tau pkul berapa sampai sana dan pukul berapa balik ke KL nnt. dan diorang akan tunjuk kat kita website guesthouse yang kita akan duduk kat sana tu nnt. bila dah confirm hotel dah di book, diorang akan inform kita semula. bagus kan? haish tp bila saat nak pi sana tu mmg berdebor jugak lah rasa hati ni ha

inilah travel itinerary ktorg. pihak tour guide tu akan mintak bnda ni dulu before nak set activity korg kat Korea nnt



flight ktorg tgh malam so mmg kena tido atas kapal terbang kalau tak nak jalan besoknya tu mengantok lah jwbnya. kesian org mcm aku ni ada masalah tido dalam transport. bangun tido bangun tido. dgn duduk pulak tu kan. aku tak tahu nak lentok kepala aku ni dekat mana. nasib duduk sebelah tingkap bole tgk bintang yang banyak gila dan tiba2 rasa mcm dekat alam mimpi walaupun tak tido.

diorg dua la teman di Korea sana. sempat lg snap pic.

lebih kurang 6 jam atas kapal terbang akhirnya sampai di Korea. mula2 tu mengantuk jugak tapi bila tgk bawah kapal terbang dah sampai ke tanah Korea ni, terus tak jadi mengantuk aku. eksited sudah menguasai diri haha. masa dekat Korea ni die cpt satu jam. kalau kat KL 6 pagi kat sini 7 pagi.


view dari aeroplane. cantik sgt kan gmbar sunrise atas tu

sampai kat airport sana ada free wireless kan so aku pon whatsapp lah tour guide ktorg tu. nama dia Azri, pelajar Malaysia yang study dkt sini. Pakej Murah Korea ni pon sebenarnya founder dia bekas student malaysia yg study dkt korea jugak. semua tour2 guide dlm tu student malaysia yg tgh stdy dkt korea jugak. dorg akan pakat sesama diorg utk bawak customer jejln. time hari diorg xda kelas tu boleh la bawak customer jejalan. kiranya nanti tour guide akan bertukar2 orang lah. tp Azri kata dia sebenarnya dah habis belajar, tgh tggu nak balik Malaysia balik je so dia jelah yang akan bawak ktorg jalan2 memandangkan dia hari2 takda kelas dah. bila sampai kat airport tu kena naik train macam dekat KLIA jugak tu. pastu dah siap2 dkt imigration, ambik bagasi semua tu, tggu lah tour guide kami di tmpt duduk dulu. masa tu mcm batak sikit nak keluar tgk sejuk dia mcm mana. mmg sejuk. mulut keluar asap tu yang paling jakun bahaha. alahh sume org first time g tmpt sejuk cemtu ken ken.



with yaya
with kak emy

bila Azri, tour guide ktorg dah sampai, ktorg bg balance duit dkt dia. then ktorg pon gi makan makanan korea dkt foodcourt dia. aku tak pernah makan makanan korea ni first time ni nak merasa. kat sini negara bukan islam mmg tak boleh makan sebarangan. Katanya kalau kat Korea ni, yg boleh makan ialah makanan berasaskan seafood. tp before tu kena tny dlu la kot diorg letak wine ke tak. kalau daging mmg tak halal kecuali kalau beli kt certain tmpt yg dia dah tulis halal. yang penting kita kena yakin kalau tak payah jugak nk makan nnt. 

ni lah makanan saya. tak tahu apa nama dia. boleh tahan sedap
dah lepas habis makan tu, Azri belikan ktorg kad lbh kurg mcm TouchNgo kat Malaysia tu. nama kad ni T-Money. konsep dia basically sama je la mcm TouchNGo tu. ktorg pakai ni nnt utk naik subway. mostly transport ktorg utk jalan2 dkt sni pakai Subway je lah sng. kdg2 je naik bas. lg satu bas ni payah sikit sbb dia tulis nama station dalam korea so payah jugak lah kalau org buta tulisan korea ni. disebabkan ada Azri yg pndai baca Korea ada jugak la sekali dua naik bas. kalau subway jgn risau dia mmg dah ada tulis dalam bahasa rumi. hehe

mcm ni rupa T-money tu

subway dekat sini banyakkkkk sangat line. ade lbh kurg 10 line. mmg bertingkat tingkat station keretapi dia. kat Malaysia berapa je kan? kalau nak travel sendiri make sure kena byk buat reseacrh dlu lah mcm mana nak bergerak sendiri dkt Seoul ni. make sure duit dlm T-money cukup before nak g somewhere tu ye heeeheeee. korang boleh download application utk "Subway Korea" ni dekat app store or android. just type je "Jihachul". Jihachul tu mksdunya subway. 

pening dah tgk. hehehe


itinerary ktorg


then, ktorg pergi ke guesthouse naik shuttle car sbb ktorg ade 3 org je. ala mcm teksi jugak lah. igtkan tak muat tapi nasib baik muat je dgn beg masing2 gedabak je kan. 

yeay nak pergi hotel. tgh tggu driver :P

dalam kereta pon gila nak snap gambo jugak haha

bila dah sampai area2 guesthouse tu, ktorg turun lah dari taxi tu. hmm tp belom sampai guesthouse lagi sbb Azri pon xsure kat mana bilik tu. so sementara Azri pergi mencari guesthouse tu, ktorg pe lg. sesi photoshoot lah. bila kat negara org ni lorong kosong pon rasa cantik jugak haha. masa ni ktorg tak pakai long john. kena la tahan sejuk sekejap. tau x long john tu apa? gini rupanya

lebih kurang mcm inner je long john ni. material dia special sbb die boleh kurangkan rasa sejuk. 

bagi aku, long john ni mmg penting kalau tak nanti mmg terketaq2 lah lutut. masa ni mana pakai long john lagi kan sbb kalau pakai dr Malaysia, berpeluh2 lah jwbnya nanti. jeans yg tebal tu pon tak dpt nak menapis sejuk angin yang dtg tu. boleh rasa smpai ke tulang sum sum haaaa. 



matahari terik tapi sejuk lagi2 bila berangin tu
pihak guesthouse bawak ktorg pergi ke guesthouse diorg.

Tulah Namsam Tower! masa ni suhu tgh 9 degree celsius. ini lah view dari depan guesthouse ktorg. berbukit sikit. semput nak daki

guesthouse ktorg ni namanya IB Ville Guesthouse terletak di Namsan Dong. ini website guesthouse tu. Sangat selesa dan security pon ok. before nak masuk guesthouse tu kena scan card dia dulu. bilik ktorg ada satu double bed dan 2 single beds. jom tgk bilik ktorg ni mmg puas hati duduk 6 hari kat sini :)

ini katil saya hehe

katil yaya dgn kak emy

tingkap bukak sikit nak bg udara masuk

wood tu kena ada kalau tak mcm pijak ais lah nnt bila kaki kena tile tu weh

cupboard ada satu je ye. kena share.

tinggi benar cupboard dia. nak sangkut dgn ambik baju pon payah. tinggi ke org Korea ni. haha

sebelum tu nak igtkan, plug dkt sini jenis international pny yang dua pin tu. so beli siap2 plug utk international tu kat Malaysia. aku tgk dkt 7eleven pon ada jual plug ni. sng la nanti nak pi tmpt lain pon bole pakai yg ni balik. hehe

universal international travel power plug adapter
sebelom perjalanan utk hari pertama diteruskan, ktorg relax2 dulu dalam bilik kemas2 barang apa yang patot tu. jgn lupa pakai longjohn! hehe. ok next entry kita cerite pasal jalan2 dekat korea ni plak. penat dah aku menaip dari smlm ni. haha hopefully berguna lah information ni. 

Till then.

2 comments:

  1. update lagi! aku dah eksaited ni. huhu

    ReplyDelete
  2. Hi! tgh search about IB Ville..tersampai ke sini pulak. Hotel sounds good from your write-up.
    And happen my name same as your tour guide tu...hahah, rasa lucu jugak baca nama sendiri berulang kali.
    Will hitting Seoul in couple of days!! :)

    ReplyDelete